ABOUT CHOCOLATE

KEBAIKAN & KHASIAT :
1. Makanan lengkap dan seimbang
    Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10% lemak, 22.4% protein, 46.7% karbihidrat, 2.8% theobromia dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E.

2. Benteng kerosakan gigi
    Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi.

3. Bukan penyebab gemuk
    Likur koko yang mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan. Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak.

4. Baik untuk Jantung
    Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksidan flavaniods yang dapat mengurangkan risiko athersclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung.

5. Mengawal Tekanan Darah
    Coklat pahit mengandungi flavaniods iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula di dalam makanan menjadi tenaga.

6. Mengawal Kencing Manis
    Kandungan antioksidan politenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis.

7. Menghalang Jerawat dan Parut 
    Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan parut.

8. Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan
    Koko kaya dengan flavaniods iaitu bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas.

Mis'Ra2Chocolate Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino